Cancer Strikes before Covid Ends

Mesej kami kepada anda

Perjuangan kita menentang COVID-19 sudah mengambil masa yang agak panjang. Kita sudah mengubahsuaikan gaya hidup, menangguhkan rancangan-rancangan peribadi, dan mengutamakan keselamatan diri melebihi segala yang lain. Selama ini, kita menumpukan segala usaha kita terhadap wabak ini sehingga terlepas pandang perjuangan kita yang lain – perjuangan menentang kanser.

Semasa pandemik ini, penangguhan rawatan susulan kanser di Malaysia meningkat sebanyak 99% disebabkan oleh pelbagai kesan daripada COVID-191. Jumlah diagnosis kanser baharu juga menurun pada kadar 74% disebabkan oleh penangguhan pemeriksaan bersama doktor1. Memandangkan diagnosis dan rawatan awal adalah kunci dalam meningkatkan pemulihan kanser, penangguhannya boleh menjejaskan peluang pemulihan bagi pesakit.

Sementara kita menyesuaikan diri untuk mendepani norma baharu, janganlah sesekali lupa bahawa kanser tidak akan menunggu wabak COVID-19 untuk berakhir. Lagipun, COVID-19 akan bertukar menjadi satu virus endemik: virus yang akan terus tersebar dalam kelompok-kelompok kecil masyarakat kita. Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai komuniti adalah dengan mengutamakan kesihatan kita. Dapatkan saringan berkala. Patuhi rawatan susulan tanpa tangguhan. Jangan bertangguh dengan lebih lanjut.

New normal, same cancer.
Ayuh, mari kita bersama menentang kanser.

Cari hospital untuk saringan atau rawatan kanser di sini.

Bagaimanakah COVID-19 memberi
kesan kepada kanser di Malaysia?

Semasa pandemik ini, orang ramai kurang berkunjung ke hospital.

Semasa pandemik ini, orang ramai kurang berkunjung ke hospital.

Keadaan ini menyebabkan kesan buruk terhadap rawatan dan susulan.

Keadaan ini menyebabkan kesan buruk terhadap rawatan dan susulan.

Bagi diagnosis kanser…

Bagi diagnosis kanser…

Semakin ramai individu yang menampil pada tahap kanser lewat disebabkan oleh penangguhan pemeriksaan.1

Kanser tidak akan menunggu.
Anda juga tidak seharusnya menunggu.

01

Pejuang Kanser

Jika anda sedang atau pernah menghidapi kanser, anda harus mengikuti siri rawatan dan rawatan susulan seperti yang dijadualkan.

02

Kumpulan Berisiko2,3

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan risiko anda untuk menghidapi kanser, seperti umur, sejarah keluarga, sejarah perubatan dan gaya hidup. Jika anda rasa anda berisiko, jangan bertangguh. Dapatkan saringan kanser hari ini.

03

Orang Awam

Ambil pendekatan proaktif terhadap kesihatan anda. Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya anda sentiasa bersiap sedia.

Fahami Risiko Anda

Memandangkan kanser boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, ia adalah penting untuk anda mengetahui faktor-faktor risiko supaya anda boleh berbincang dengan doktor anda. Ia juga boleh membantu anda membuat pilihan gaya hidup yang lebih baik bagi menambah baik tahap kesihatan anda. Sila isikan penilaian ringkas ini untuk memahami risiko anda.

Mulakan Penilaian

Rujukan:
1. IQVIA, Covid-19 Impact on Oncology 2021.
2. American Cancer Society. Lung Cancer Risk Factors. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html. Terakhir diakses 29 Jun 2021.
3. American Cancer Society. Breast cancer risk factors you cannot change. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/risk-and-prevention/breast-cancer-risk-factors-you-cannot-change.html. Terakhir diakses 23 Julai 2021.

Penafian

Untuk mengetahui sama ada anda dalam golongan berisiko, hubungi 1-800-88-1000 Untuk maklumat lanjut mengenai hospital-hospital: help@cancer.org.my

Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.

Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).

Mengenai New Normal, Same Cancer

New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.

#newnormalsamecancer

©2021 National Cancer Society Malaysia. All Rights Reserved.

©2021 Lung Cancer Network Malaysia. All Rights Reserved.

Project komuniti ini adalah kerjasama antara:

btn-top