Early Detection

Jangan bertangguh. Dapatkan saringan
kanser hari ini.

Semua hospital mematuhi SOP yang tegas
untuk menjaga keselamatan anda.

Lung Cancer Lung Cancer

Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru adalah sejenis barah yang terbentuk dalam paru-paru. Ia berlaku apabila sel dalam paru-paru mula menumbuh secara luar kawalan sehingga membentuk suatu tumbuhan atau tumor1,2.

Kanser paru-paru terbahagi kepada dua jenis utama1

• Kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) yang merangkumi sekitar 80-85% kanser paru-paru. Tiga subjenis utama NSCLC adalah adenokarsinoma (35%-40%), karsinoma sel skuamus (25%-30%), dan karsinoma sel besar (15%)1,3.
• Kanser paru-paru sel kecil (SCLC) yang merangkumi 10-15%, dan berpotensi untuk membesar dan merebak dengan lebih pantas1.

Statistik Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru adalah kanser ketiga yang paling lazim di Malaysia merangkumi

10.6%

kes kanser baharu pada tahun 20204.

Ia merupakan kanser yang paling berbahaya di seluruh dunia, menyumbang kepada

1.79juta

kematian pada tahun 20205.

Hampir

95%

Kanser paru-paru didiagnosis pada tahap yang kritikal6.

Faktor Risiko7

Ini adalah antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko menghidapi kanser paru-paru:

Merokok

Merokok

Terapi radiasi yang sebelumnya

Terapi radiasi yang sebelumnya

Pendedahan kepada asap rokok sekunder

Pendedahan kepada asap rokok sekunder

Pendedahan kepada gas radon

Pendedahan kepada gas radon

Sejarah keluarga kanser paru-paru

Sejarah keluarga kanser paru-paru

Pendedahan kepada asbestos dan elemen karsinogen yang lain

Pendedahan kepada asbestos dan elemen karsinogen yang lain

Petanda dan Simptom8

Kebanyakan kanser paru-paru tidak menunjukkan sebarang petanda atau simptom pada tahap awal, maka pengesanan awal lebih sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petanda dan simptom yang boleh anda perhatikan:

Batuk yang berpanjangan, atau semakin melarat

Batuk yang berpanjangan, atau semakin melarat

Kepenatan atau rasa lemah

Kepenatan atau rasa lemah

Batuk berdarah atau kahak/mukus berwarna karat

Batuk berdarah atau kahak/mukus berwarna karat

Jangkitan seperti bronkitis atau pneumonia yang berpanjangan, atau kerap berulang

Jangkitan seperti bronkitis atau pneumonia yang berpanjangan, atau kerap berulang

Sakit dada yang semakin teruk apabila pernafasan mendalam, batuk atau ketawa

Sakit dada yang semakin teruk apabila pernafasan mendalam, batuk atau ketawa

Hilang selera makan

Hilang selera makan

Kesukaran untuk bernafas

Kesukaran untuk bernafas

Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Sila bincang dengan pakar kesihatan anda jika anda mengalami sebarang penanda atau simptom tersebut.

Muat turun baucar saringan kanser

Ujian Saringan Kanser Paru-Paru6,7,9-12

Kebanyakan kanser paru-paru dikesan pada tahap kritikal kerana kebanyakan kanser paru-paru tahap awal mempunyai simptom yang tidak spesifik atau minimum7,9. Oleh sebab itu, Ia adalah penting untuk kita mengesan kanser paru-paru lebih awal melalui saringan bagi meningkatkan keberkesanan rawatan dan kadar survival kanser10.

Saringan kanser paru-paru:

Imbasan CT Dos Rendah. Satu pendekatan untuk menghasilkan gambaran bahagian dalam dada yang terperinci, dari pelbagai sudut yang berbeza, dengan menggunakan dos radiasi kecil dan teknologi komputer10.

Saringan kanser paru-paru disyorkan kepada mereka yang memenuhi syarat berikut6,11,12*

Berumur antara 45 hingga 75 tahun, dan

Merokok selama 20 tahun atau lebih

Mereka yang berisiko tinggi tetapi bukan perokok (dengan sejarah keluarga menghidapi kanser paru-paru yang kuat) mungkin bermanfaat

Saringan kanser paru-paru:

• Imbasan CT Dos Rendah. Satu pendekatan untuk menghasilkan gambaran bahagian dalam dada yang terperinci, dari pelbagai sudut yang berbeza, dengan menggunakan dos radiasi kecil dan teknologi komputer10.

Saringan kanser paru-paru disyorkan kepada mereka yang memenuhi syarat berikut6,11,12*

• Berumur antara 45 hingga 75 tahun, dan
• Merokok selama 20 tahun atau lebih
• Mereka yang berisiko tinggi tetapi bukan perokok (dengan sejarah keluarga menghidapi kanser paru-paru yang kuat) mungkin bermanfaat

Kriteria ini adalah cadangan berdasarkan ujian NELSON Antarabangsa dan Saringan Kanser Paru-paru Kebangsaan yang diperhalusi dengan data epidemiologi dari Registri Kanser Kebangsaan tempatan6,11,12. Setakat ini masih tiada garis panduan tempatan mengenai kriteria ujian saringan kanser paru-paru di Malaysia.

Diagnosis Kanser Paru-Paru9, 13

Kanser paru-paru didiagnosis dengan cara-cara berikut:

Sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal

Pengimejan

X-ray dada

Imbasan PET/CT/MRI.

Imbasan tulang. Mengesan sama ada sel-sel kanser sudah merebak ke tulang.

Ujian Diagnostik

Biopsi. Pengambilan sampel tisu untuk pemeriksaan dengan mikroskop

Prosedur endoskopi. Prosedur yang membolehkan pakar kesihatan meneliti rongga dada, ruang antara paru-paru, saluran pernafasan, paru-paru, dan nodus limfa. Prosedur endoskopi yang biasa dilakukan untuk kanser paru-paru adalah bronkoskopi, mediastinoskopi dan torakoskopi.

Biopsi perkutaneus kulit dengan panduan CT. Apabila jarum dimasukkan dari luar dada untuk mengambil sampel tisu paru-paru.

Ujian molekular atau mutasi. Ujian makmal untuk mengesan perubahan sel yang abnormal atau luar biasa yang boleh digunakan untuk membantu pemilihan rawatan.

Kanser paru-paru didiagnosis dengan cara-cara berikut:

• Sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal
• Pengimejan
• X-ray dada
• Imbasan PET/CT/MRI.
• Imbasan tulang. Mengesan sama ada sel-sel kanser sudah merebak ke tulang.
• Ujian Diagnostik
• Biopsi. Pengambilan sampel tisu untuk pemeriksaan dengan mikroskop
• Prosedur endoskopi. Prosedur yang membolehkan pakar kesihatan meneliti rongga dada, ruang antara paru-paru, saluran pernafasan, paru-paru, dan nodus limfa. Prosedur endoskopi yang biasa dilakukan untuk kanser paru-paru adalah bronkoskopi, mediastinoskopi dan torakoskopi.
• Biopsi perkutaneus kulit dengan panduan CT. Apabila jarum dimasukkan dari luar dada untuk mengambil sampel tisu paru-paru.
• Ujian molekular atau mutasi. Ujian makmal untuk mengesan perubahan sel yang abnormal atau luar biasa yang boleh digunakan untuk membantu pemilihan rawatan.

Kanser paru-paru masih merupakan salah satu kanser paling berbahaya kerana kebanyakan kes didiagnosis pada tahap kritikal. Oleh itu, jika anda dalam golongan berisiko, dapatkan pemeriksaan dan ujian saringan. Sila bincang dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang penanda atau simptom yang tertera.

Ingat, pengesanan awal boleh meningkatkan peluang anda untuk sembuh.

Jadi, jangan bertangguh.

Rujukan:
1. American Cancer Society. What is Lung Cancer? Available at: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/about/what-is.html Last accessed 29 June 2021.
2. National Comprehensive Cancer Network (NCCN), 2020. NCCN Guideline for Patients – Lung Cancer Screening. Available at https://www.nccn.org/patients/guidelines/content/PDF/lung_screening-patient.pdf. Last
accessed 24 July 2021.
3. Lung Foundation Australia, 2012. Better Living with Lung Cancer – A Patient Guide. Available at https://lungfoundation.com.au/wp-content/uploads/2018/09/Book-Better-living-with-lung-cancer-2012.pdf. Last accessed 26
July 2021.
4. World Health Organisation (WHO). Malaysia (Source: Globocan 2020). Available at: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf. Last accessed 29 June 2021.
5. World Health Organization (WHO). Lung (Source: Globocan 2020). Available at https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/cancers/15-Lung-fact-sheet.pdf. Last accessed 24 July 2021.
6. Ministry of Health. Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016. (pg 17, 39).
7. American Cancer Society. Lung Cancer Risk Factors. Available at: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html. Last accessed 29 June 2021.
8. American Cancer Society. Signs and Symptoms of Lung Cancer. Available at: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html. Last accessed 29 June 2021.
9. American Cancer Society. Tests for Lung Cancer. Available at https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/detection-diagnosis-staging/how-diagnosed.html. Last accessed 29 June 2021.
10. National Comprehensive Cancer Network (NCCN), 2014. NCCN Clinical Practice Guideline in Oncology (NCCN Guidelines) – Lung Cancer Screening; Version 2.
11. de Koning HJ, Van der Aalst CM, de Jong PA, Scholten ET, Nackaerts K, Heuvelmans MA, Lammers JWJ, Weenink C, Yousaf-Khan U, Horeweg N, van Westeinde S, Prokop M, Mali WP, Mohamed Hoesein FAA, van
Ooijen PMA, Aerts JGJV, den Bakker MA, Thunnissen E, Verschakelen J, Vliegenthart R, Walter JE, ten Haaf K, Groen HJM, Oudkerk M. Reduced lung-cancer mortality with volume CT screening in a randomized trial. N
Engl J Med. 2020;382:503–13. DOI: 10.1056/NEJMoa1911793
12. National Lung Screening Trial Research Team, Aberle, D. R., Adams, A. M., Berg, C. D., Black, W. C., Clapp, J. D., Fagerstrom, R. M., Gareen, I. F., Gatsonis, C., Marcus, P. M., & Sicks, J. D. (2011). Reduced lung-cancer
mortality with low-dose computed tomographic screening. The New England journal of medicine, 365(5), 395–409. https://doi.org/10.1056/NEJMoa1102873
13. Lung Cancer Canada, 2006. Patient’s Guide to Lung Cancer. Available at https://www.lungcancercanada.ca/LungCancerCanada/media/Documents/Patient-Guide-to-Lung-Cancer-2017.pdf. Last accessed 26 July 2021.

Penafian

Untuk mengetahui sama ada anda dalam golongan berisiko, hubungi 1-800-88-1000 Untuk maklumat lanjut mengenai hospital-hospital: help@cancer.org.my

Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.

Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).

Mengenai New Normal, Same Cancer

New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.

#newnormalsamecancer

©2021 National Cancer Society Malaysia. All Rights Reserved.

©2021 Lung Cancer Network Malaysia. All Rights Reserved.

Project komuniti ini adalah kerjasama antara:

btn-top