Kanser payudara adalah sejenis kanser yang bermula di payudara. Sel-sel payudara menumbuh secara luar kawalan, sehingga membentuk tumor yang boleh dirasakan seperti ketulan1.
Semua hospital mematuhi SOP yang tegas
untuk menjaga keselamatan anda.
Kanser payudara adalah sejenis kanser yang bermula di payudara. Sel-sel payudara menumbuh secara luar kawalan, sehingga membentuk tumor yang boleh dirasakan seperti ketulan1.
Ia merupakan kanser yang paling lazim di Malaysia, menyumbang kepada
daripada kanser keseluruhan yang dihidapi oleh kaum wanita2.
Sekitar
Kes baharu dilaporkan pada tahun 20202.
kanser payudara hanya dikesan pada tahap kritikal3.
Seperti kebanyakan kanser yang lain, kadar survival kanser payudara adalah lebih baik apabila kanser dikesan dan didiagnosis pada peringkat awal4.
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara:
Usia meningkat
Gaya hidup (peningkatan berat badan dewasa, gaya hidup sedentari, pengambilan alkohol, pemakanan tinggi lemak)
Kecenderungan genetik (mutasi BRCA1, BRCA2)
Sejarah reproduksi (menarche awal atau menopause lewat)
Sejarah kanser payudara dalam keluarga
Peningkatan hormon disebabkan penggunaan terapi penggantian hormon atau kontraseptif oral
Sejarah kanser payudara dalam individu
Tisu payudara yang padat
Pendedahan kepada sebarang radiasi
Setiap individu mungkin akan menunjukkan simptom kanser payudara yang berbeza-beza, namun ada juga yang tidak menunjukkan sebarang penanda dan simptom. Berikut adalah beberapa petanda amaran yang boleh anda awasi melalui pemeriksaan payudara sendiri secara berkala:
Ketulan di payudara atau bahagian ketiak
Lelehan selain susu dari puting, termasuk darah
Bahagian kulit yang bengkak atau penebalan pada sebarang bahagian payudara
Puting payudara tenggelam atau masuk ke dalam
Kerengsaan atau kerutan kulit payudara
Sebarang perubahan pada bentuk atau saiz payudara
Kemerahan atau berkeruping pada bahagian sekitar puting
Kesakitan pada mana-mana bahagian payudara, termasuk puting
Sila bincang dengan pakar kesihatan anda jika anda mengalami sebarang penanda atau simptom tersebut.
Muat turun baucar saringan kanser
Saringan berkala adalah penting bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal, terutamanya bagi individu yang tidak mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom penyakit ini. Berikut merupakan beberapa kaedah saringan yang boleh dijalankan:
Panduan Amalan Klinikal Malaysia untuk kanser payudara mengesyorkan saringan mamografi* bagi wanita yang memenuhi kriteria berikut11:
*Sila bincang dengan pakar kesihatan anda untuk maklumat lanjut mengenai saringan mamogram.
Apabila seseorang disyaki menghidapi kanser payudara, diagnosis boleh dijalankan menerusi:
Pengambilan sampel tisu untuk pemeriksaan menggunakan mikroskop.
Pemeriksaan tisu dan/atau sel yang diperolehi daripada biopsi atau pembedahan oleh pakar patologi.
Ujian makmal untuk mengenal pasti subjenis molekular atau kelainan genetik yang berkaitan dengan kanser, yang mungkin dapat membantu pemilihan rawatan.
Ingat, pengesanan awal adalah kunci perjuangan kita menentang kanser.
Rujukan:
1. American Cancer Society. What is breast cancer? Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/about/what-is-breast-cancer.html. Terakhir diakses 2 Ogos 2021.
2. World Health Organization. Globocan 2018 Malaysia. Terdapat di: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf. Last accessed 5 Julai 2021.
3. Ministry of Health. Malaysian National Cancer Registry Report (2012 – 2016). Terdapat di: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/2012-2016%20(MNCRR)/
MNCR_2012-2016_FINAL_(PUBLISHED_2019).pdf. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
4. American Cancer Society. Survival Rate for Breast Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/understanding-a-breast-cancer-diagnosis/breast-cancer-survival-
rates.html. Terakhir diakses 21 Julai 2021.
5. CDC. What are the risks for breast cancer? Terdapat di: https://www.cdc.gov/cancer/breast/basic_info/risk_factors.htm. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
6. American Cancer Society. Breast cancer risk factors you cannot change. Terdapat di:https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/risk-and-prevention/breast-cancer-risk-factors-you-
cannot-change.html. Terakhir diakses 23 Julai 2021.
7. Stopeck A, et al. Terdapat di: http://emedicine.medscape.com/article/1947145-overview. Terakhir diakses 29 Julai 2021.
8. CDC. What are the symptoms of breast cancer? Terdapat di: https://www.cdc.gov/cancer/breast/basic_info/symptoms.htm. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
9. Cancer.net. Breast cancer: Diagnosis. Terdapat di: https://www.cancer.net/cancer-types/breast-cancer/diagnosis. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
10. American Cancer Society. Breast Cancer Early Detection and Diagnosis. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/screening-tests-and-early-detection.html. Terakhir
diakses 23 July 2021.
11. Ministry of Health. Clinical Practice Guideline 2019 – Management of Breast Cancer (third edition). Terdapat di: https://www2.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Kanser/
Breast%20Cancer/CPG_Management_of_Breast_Cancer_(Third_Edition)_130720.pdf. Terakhir diakses 21 Julai 2021.
Penafian
Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.
Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).
Mengenai New Normal, Same Cancer
New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.