Kanser prostat merupakan ketumbuhan yang terbentuk dalam kelenjar prostat, yang hanya berlaku di kalangan lelaki. Ia berlaku apabila sel-sel dalam kelenjar prostat mula menumbuh secara luar kawalan1.
Semua hospital mematuhi SOP yang tegas untuk menjaga keselamatan anda.
Kanser prostat merupakan ketumbuhan yang terbentuk dalam kelenjar prostat, yang hanya berlaku di kalangan lelaki. Ia berlaku apabila sel-sel dalam kelenjar prostat mula menumbuh secara luar kawalan1.
Ianya adalah kanser ketiga yang paling lazim dihidapi oleh kaum lelaki, dan menyumbang kepada
kes kanser baharu di kalangan lelaki Malaysia pada tahun 20202.
Kira-kira
kes baharu
dikesan pada tahun 20202.
daripada kes kanser prostat di Malaysia telah didiagnosis pada tahap IV3.
Kadar survival relatif bagi kanser prostat pada peringkat awal di Malaysia adalah tinggi iaitu lebih daripada
tetapi kadarnya menurun secara mendadak kepada
setelah kanser itu berkembang ke tahap lanjut (tahap IV)4.
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser prostat:
Umur – peluang menghidap kanser prostat meningkat dengan mendadak selepas umur 50 tahun. Kira-kira 6 daripada 10 kes kanser prostat dihidapi oleh lelaki berusia lebih daripada 65 tahun
Kecenderungan genetik – mutasi gen BRCA1 atau BRCA2 atau sindrom Lynch boleh meningkatkan risiko kanser prostat pada lelaki
Sejarah keluarga kanser prostat
Kanser prostat biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Malah, kanser prostat biasanya hanya didiagnosis awal melalui saringan7.
Kanser prostat lanjutan boleh menunjukkan simptom seperti6,7:
Kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam
Disfungsi erektil
Keabnormalan semasa membuang air kecil – aliran lemah, darah dalam air kencing, rasa sakit atau kepedihan semasa membuang air kecil
Rasa sakit atau ketidakselesaan semasa duduk
Simptom ini juga biasa dialami jika kanser telah merebak ke luar kelenjar prostat7:
Sakit di bahagian belakang, pinggul, peha, bahu atau tulang lain
Keletihan
Pengumpulan air dan bengkak di kaki atau tapak kaki.
Perubahan dalam pergerakan usus
Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Sila bincang dengan pakar kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom ini.
Muat turun baucar saringan kanser
Kanser prostat biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Pemeriksaan secara berkala amat penting dan boleh menyelamatkan nyawa anda!
Berikut adalah beberapa kaedah pemeriksaan kanser prostat:
Tahap PSA (ng/mL)9 |
Penerangan9 |
| Di bawah 4 | Ini adalah tahap PSA untuk kebanyakan lelaki tanpa kanser prostat. Namun, ini bukan jaminan. Kira-kira 15% lelaki dengan tahap PSA ini telah didapati menghidapi kanser prostat selepas biopsi dijalankan. |
| Antara 4 dan 10 | Julat pertengahan. Lelaki dengan tahap PSA ini mempunyai peluang 1 dalam 4 untuk menghidapi kanser prostat. |
| Lebih daripada 10 | Terdapat 50% peluang untuk menghidapi kanser prostat. |
Jika doktor mengesyaki bahawa pesakit mungkin menghidapi kanser prostat, diagnosis boleh dilakukan dengan:
Prosedur yang mengeluarkan sampel cecair atau tisu untuk diagnosis kanser prostat. Terdapat dua kaedah biopsy yang sering dilakukan bagi mengesan kanser prostat11:
Ingat, pengesanan awal adalah kunci utama dalam perjuangan menentang kanser.
Rujukan:
1. American Cancer Society. What Is Prostate Cancer? Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/about/what-is-prostate-cancer.html. Terakhir diakses 17 August 2021.
2. World Health Organisation (WHO). Malaysia (Source: Globocan 2020). Terdapat di: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf. Terakhir diakses 17 August 2021.
3. Ministry of Health. Malaysian National Cancer Registry Report (2012 – 2016). Terdapat di: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/2012-2016%20(MNCRR)/
MNCR_2012-2016_FINAL_(PUBLISHED_2019).pdf. Terakhir diakses 17 August 2021.
4. Ministry of Health. Malaysian Study on Cancer Survival (MySCan). Terdapat di: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/Malaysian_Study_on_Cancer_Survival_MySCan_2018.pdf. Terakhir diakses 11 October 2021.
5. American Cancer Society. Prostate Cancer Risk Factors. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html. Terakhir diakses17 August 2021.
6. Cancer.net. Prostate Cancer: Symptoms and Signs. Terdapat di: https://www.cancer.net/cancer-types/prostate-cancer/symptoms-and-signs. Terakhir diakses 17 August 2021.
7. American Cancer Society. Signs and Symptoms of Prostate Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html. Terakhir diakses 17 August 2021.
8. Centers for Disease Control and Prevention. What Is Screening For Prostate Cancer? Terdapat di: https://www.cdc.gov/cancer/prostate/basic_info/screening.htm. Terakhir diakses17 August 2021.
9. American Cancer Society. Screening Tests for Prostate Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/detection-diagnosis-staging/tests.html. Terakhir diakses 3 September 2021.
10. National Comprehensive Cancer Network. Prostate Cancer Early Stage. Terdapat di: https://www.nccn.org/patients/guidelines/content/PDF/prostate-early-patient.pdf. Terakhir diakses 17 August 2021.
11. American Cancer Society. Tests to Diagnose and Stage Prostate Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/detection-diagnosis-staging/how-diagnosed.html. Terakhir diakses 11 October 2021.
Penafian
Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.
Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).
Mengenai New Normal, Same Cancer
New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.