Semua hospital mematuhi SOP yang tegas
untuk menjaga keselamatan anda.
Semua hospital mematuhi SOP yang tegas
untuk menjaga keselamatan anda.
Kanser lazimnya dikategorikan kepada beberapa tahap, di mana pada tahap awal, pertumbuhan sel-sel kanser atau barah adalah terkawal dan tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain. Apabila kanser tersebut memasuki tahap seterusnya, sel-sel tersebut akan tersebar ke nodus limfa atau bahagian tubuh badan yang lain1.
Disebabkan itu, pengesanan awal adalah amat penting. Apabila kanser dikesan pada tahap awal, rawatan kuratif boleh diberikan dan ini akan meningkatkan peluang untuk sembuh. Sebaliknya, apabila sel kanser sudah mula merebak, peluang untuk sembuh berkemungkinan adalah lebih rendah2.
Satu-satunya cara untuk sentiasa bersiap sedia adalah dengan memastikan anda memahami kanser supaya anda dapat mengambil tindakan yang sewajarnya pada masa yang tepat.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kanser ini:
Rujukan:
1. WebMD. Stages of Cancer. Available at https://www.webmd.com/cancer/cancer-stages#:~:text=Stage%20I%20means%20the%20cancer,other%
20parts%20of%20your%20body. Last accessed 23 July 2021.
2. Cancer Research UK. Why is early diagnosis important. Available at https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/cancer-symptoms/why-is-early-diagnosis-important. Last accessed 23 July 2021.
Penafian
Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.
Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).
Mengenai New Normal, Same Cancer
New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.