Kanser paru-paru adalah sejenis barah yang terbentuk dalam paru-paru. Ia berlaku apabila sel dalam paru-paru mula menumbuh secara luar kawalan sehingga membentuk suatu tumbuhan atau tumor1,2.
Semua hospital mematuhi SOP yang tegas
untuk menjaga keselamatan anda.
Kanser paru-paru adalah sejenis barah yang terbentuk dalam paru-paru. Ia berlaku apabila sel dalam paru-paru mula menumbuh secara luar kawalan sehingga membentuk suatu tumbuhan atau tumor1,2.
Kanser paru-paru terbahagi kepada dua jenis utama1
Kanser paru-paru adalah kanser ketiga yang paling lazim di Malaysia merangkumi
kes kanser baharu pada tahun 20204.
Ia merupakan kanser yang paling berbahaya di seluruh dunia, menyumbang kepada
kematian pada tahun 20205.
Hampir
Kanser paru-paru didiagnosis pada tahap yang kritikal6.
Ini adalah antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko menghidapi kanser paru-paru:
Merokok
Terapi radiasi yang sebelumnya
Pendedahan kepada asap rokok sekunder
Pendedahan kepada gas radon
Sejarah keluarga kanser paru-paru
Pendedahan kepada asbestos dan elemen karsinogen yang lain
Kebanyakan kanser paru-paru tidak menunjukkan sebarang petanda atau simptom pada tahap awal, maka pengesanan awal lebih sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petanda dan simptom yang boleh anda perhatikan:
Batuk yang berpanjangan, atau semakin melarat
Kepenatan atau rasa lemah
Batuk berdarah atau kahak/mukus berwarna karat
Jangkitan seperti bronkitis atau pneumonia yang berpanjangan, atau kerap berulang
Sakit dada yang semakin teruk apabila pernafasan mendalam, batuk atau ketawa
Hilang selera makan
Kesukaran untuk bernafas
Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Sila bincang dengan pakar kesihatan anda jika anda mengalami sebarang penanda atau simptom tersebut.
Muat turun baucar saringan kanser
Kebanyakan kanser paru-paru dikesan pada tahap kritikal kerana kebanyakan kanser paru-paru tahap awal mempunyai simptom yang tidak spesifik atau minimum7,9. Oleh sebab itu, Ia adalah penting untuk kita mengesan kanser paru-paru lebih awal melalui saringan bagi meningkatkan keberkesanan rawatan dan kadar survival kanser10.
Kriteria ini adalah cadangan berdasarkan ujian NELSON Antarabangsa dan Saringan Kanser Paru-paru Kebangsaan yang diperhalusi dengan data epidemiologi dari Registri Kanser Kebangsaan tempatan6,11,12. Setakat ini masih tiada garis panduan tempatan mengenai kriteria ujian saringan kanser paru-paru di Malaysia.
Kanser paru-paru masih merupakan salah satu kanser paling berbahaya kerana kebanyakan kes didiagnosis pada tahap kritikal. Oleh itu, jika anda dalam golongan berisiko, dapatkan pemeriksaan dan ujian saringan. Sila bincang dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang penanda atau simptom yang tertera.
Ingat, pengesanan awal boleh meningkatkan peluang anda untuk sembuh.
Rujukan:
1. American Cancer Society. What is Lung Cancer? Available at: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/about/what-is.html Last accessed 29 June 2021.
2. National Comprehensive Cancer Network (NCCN), 2020. NCCN Guideline for Patients – Lung Cancer Screening. Available at https://www.nccn.org/patients/guidelines/content/PDF/lung_screening-patient.pdf. Last
accessed 24 July 2021.
3. Lung Foundation Australia, 2012. Better Living with Lung Cancer – A Patient Guide. Available at https://lungfoundation.com.au/wp-content/uploads/2018/09/Book-Better-living-with-lung-cancer-2012.pdf. Last accessed 26
July 2021.
4. World Health Organisation (WHO). Malaysia (Source: Globocan 2020). Available at: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf. Last accessed 29 June 2021.
5. World Health Organization (WHO). Lung (Source: Globocan 2020). Available at https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/cancers/15-Lung-fact-sheet.pdf. Last accessed 24 July 2021.
6. Ministry of Health. Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016. (pg 17, 39).
7. American Cancer Society. Lung Cancer Risk Factors. Available at: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html. Last accessed 29 June 2021.
8. American Cancer Society. Signs and Symptoms of Lung Cancer. Available at: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html. Last accessed 29 June 2021.
9. American Cancer Society. Tests for Lung Cancer. Available at https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/detection-diagnosis-staging/how-diagnosed.html. Last accessed 29 June 2021.
10. National Comprehensive Cancer Network (NCCN), 2014. NCCN Clinical Practice Guideline in Oncology (NCCN Guidelines) – Lung Cancer Screening; Version 2.
11. de Koning HJ, Van der Aalst CM, de Jong PA, Scholten ET, Nackaerts K, Heuvelmans MA, Lammers JWJ, Weenink C, Yousaf-Khan U, Horeweg N, van Westeinde S, Prokop M, Mali WP, Mohamed Hoesein FAA, van
Ooijen PMA, Aerts JGJV, den Bakker MA, Thunnissen E, Verschakelen J, Vliegenthart R, Walter JE, ten Haaf K, Groen HJM, Oudkerk M. Reduced lung-cancer mortality with volume CT screening in a randomized trial. N
Engl J Med. 2020;382:503–13. DOI: 10.1056/NEJMoa1911793
12. National Lung Screening Trial Research Team, Aberle, D. R., Adams, A. M., Berg, C. D., Black, W. C., Clapp, J. D., Fagerstrom, R. M., Gareen, I. F., Gatsonis, C., Marcus, P. M., & Sicks, J. D. (2011). Reduced lung-cancer
mortality with low-dose computed tomographic screening. The New England journal of medicine, 365(5), 395–409. https://doi.org/10.1056/NEJMoa1102873
13. Lung Cancer Canada, 2006. Patient’s Guide to Lung Cancer. Available at https://www.lungcancercanada.ca/LungCancerCanada/media/Documents/Patient-Guide-to-Lung-Cancer-2017.pdf. Last accessed 26 July 2021.
Penafian
Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.
Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).
Mengenai New Normal, Same Cancer
New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.