Early DetectionDon’t wait. Early Detection

Jangan bertangguh. Dapatkan saringan
kanser hari ini.

Semua hospital mematuhi SOP yang tegas
untuk menjaga keselamatan anda.

Breast Cancer Breast Cancer

Kanser Payudara

Kanser payudara adalah sejenis kanser yang bermula di payudara. Sel-sel payudara menumbuh secara luar kawalan, sehingga membentuk tumor yang boleh dirasakan seperti ketulan1.

Statistik Kanser Payudara2,3

Ia merupakan kanser yang paling lazim di Malaysia, menyumbang kepada

32.9%

daripada kanser keseluruhan yang dihidapi oleh kaum wanita2.

Sekitar

8,400

Kes baharu dilaporkan pada tahun 20202.

48%

kanser payudara hanya dikesan pada tahap kritikal3.

Seperti kebanyakan kanser yang lain, kadar survival kanser payudara adalah lebih baik apabila kanser dikesan dan didiagnosis pada peringkat awal4.

Faktor Risiko5,6,7

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara:

Usia meningkat

Usia meningkat

Gaya hidup (peningkatan berat badan dewasa, gaya hidup sedentari, pengambilan alkohol, pemakanan tinggi lemak)

Gaya hidup (peningkatan berat badan dewasa, gaya hidup sedentari, pengambilan alkohol, pemakanan tinggi lemak)

Kecenderungan genetik (mutasi BRCA1, BRCA2)

Kecenderungan genetik (mutasi BRCA1, BRCA2)

Sejarah reproduksi (menarche awal atau menopause lewat)

Sejarah reproduksi (menarche awal atau menopause lewat)

Sejarah kanser payudara dalam keluarga

Sejarah kanser payudara dalam keluarga

Peningkatan hormon disebabkan penggunaan terapi penggantian hormon atau kontraseptif oral

Peningkatan hormon disebabkan penggunaan terapi penggantian hormon atau kontraseptif oral

Sejarah kanser payudara dalam individu

Sejarah kanser payudara dalam individu

Tisu payudara yang padat

Tisu payudara yang padat

Pendedahan kepada sebarang radiasi

Pendedahan kepada sebarang radiasi

Petanda dan Simptom8

Setiap individu mungkin akan menunjukkan simptom kanser payudara yang berbeza-beza, namun ada juga yang tidak menunjukkan sebarang penanda dan simptom. Berikut adalah beberapa petanda amaran yang boleh anda awasi melalui pemeriksaan payudara sendiri secara berkala:

Ketulan di payudara atau bahagian ketiak

Ketulan di payudara atau bahagian ketiak

Lelehan selain susu dari puting, termasuk darah

Lelehan selain susu dari puting, termasuk darah

Bahagian kulit yang bengkak atau penebalan pada sebarang bahagian payudara

Bahagian kulit yang bengkak atau penebalan pada sebarang bahagian payudara

Puting payudara tenggelam atau masuk ke dalam

Puting payudara tenggelam atau masuk ke dalam

Kerengsaan atau kerutan kulit payudara

Kerengsaan atau kerutan kulit payudara

Sebarang perubahan pada bentuk atau saiz payudara

Sebarang perubahan pada bentuk atau saiz payudara

Kemerahan atau berkeruping pada bahagian sekitar puting

Kemerahan atau berkeruping pada bahagian sekitar puting

Kesakitan pada mana-mana bahagian payudara, termasuk puting

Kesakitan pada mana-mana bahagian payudara, termasuk puting

Sila bincang dengan pakar kesihatan anda jika anda mengalami sebarang penanda atau simptom tersebut.

Muat turun baucar saringan kanser

Ujian Saringan Kanser Payudara9, 10

Saringan berkala adalah penting bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal, terutamanya bagi individu yang tidak mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom penyakit ini. Berikut merupakan beberapa kaedah saringan yang boleh dijalankan:

• Pemeriksaan payudara klinikal
• Saringan mamogram. Penggunaan x-ray pada dos kecil untuk menghasilkan imej payudara.

Panduan Amalan Klinikal Malaysia untuk kanser payudara mengesyorkan saringan mamografi* bagi wanita yang memenuhi kriteria berikut11:

• Setiap dua tahun bagi wanita berusia antara 50 sehingga 74 tahun.
• Bagi wanita yang berisiko tinggi menghidapi kanser payudara tanpa varian genetik yang diketahui, mereka boleh mempertimbangkan untuk menjalani saringan mamografi mulai usia 30-39 setiap dua tahun, saringan setiap tahun bagi mereka yang berusia 40-59 tahun, dan saringan setiap dua tahun bagi wanita berusia 60 tahun ke atas.
• Bagi pembawa yang mempunyai kecenderungan genetik, pengimejan resonans magnetik (MRI) tahunan harus ditawarkan mulai usia 30-49 tahun, serta mamografi tahunan bagi usia 40-69 tahun dan setiap dua tahun selepas usia 70 tahun.

*Sila bincang dengan pakar kesihatan anda untuk maklumat lanjut mengenai saringan mamogram.

Diagnosis Kanser Payudara9, 10

Apabila seseorang disyaki menghidapi kanser payudara, diagnosis boleh dijalankan menerusi:

Pengimejan

Ultrabunyi. Penggunaan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej tisu payudara.

MRI. Penggunaan medan magnetik untuk menghasilkan imej terperinci tubuh badan. Sejenis pewarna disuntik sebelum proses tersebut bermula untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.

Mamografi diagnostik.

Pengimejan

• Ultrabunyi. Penggunaan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej tisu payudara.
• MRI. Penggunaan medan magnetik untuk menghasilkan imej terperinci tubuh badan. Sejenis pewarna disuntik sebelum proses tersebut bermula untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.
• Mamografi diagnostik.

Biopsi

Pengambilan sampel tisu untuk pemeriksaan menggunakan mikroskop.

Biopsi

Pengambilan sampel tisu untuk pemeriksaan menggunakan mikroskop.

Histopatologi

Pemeriksaan tisu dan/atau sel yang diperolehi daripada biopsi atau pembedahan oleh pakar patologi.

Histopatologi

Pemeriksaan tisu dan/atau sel yang diperolehi daripada biopsi atau pembedahan oleh pakar patologi.

Ujian Biopenanda

Ujian makmal untuk mengenal pasti subjenis molekular atau kelainan genetik yang berkaitan dengan kanser, yang mungkin dapat membantu pemilihan rawatan.

Ujian Biopenanda

Ujian makmal untuk mengenal pasti subjenis molekular atau kelainan genetik yang berkaitan dengan kanser, yang mungkin dapat membantu pemilihan rawatan.

Ingat, pengesanan awal adalah kunci perjuangan kita menentang kanser.

Jadi, jangan bertangguh.

Rujukan:
1. American Cancer Society. What is breast cancer? Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/about/what-is-breast-cancer.html. Terakhir diakses 2 Ogos 2021.
2. World Health Organization. Globocan 2018 Malaysia. Terdapat di: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf. Last accessed 5 Julai 2021.
3. Ministry of Health. Malaysian National Cancer Registry Report (2012 – 2016). Terdapat di: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/2012-2016%20(MNCRR)/
MNCR_2012-2016_FINAL_(PUBLISHED_2019).pdf. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
4. American Cancer Society. Survival Rate for Breast Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/understanding-a-breast-cancer-diagnosis/breast-cancer-survival-
rates.html. Terakhir diakses 21 Julai 2021.
5. CDC. What are the risks for breast cancer? Terdapat di: https://www.cdc.gov/cancer/breast/basic_info/risk_factors.htm. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
6. American Cancer Society. Breast cancer risk factors you cannot change. Terdapat di:https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/risk-and-prevention/breast-cancer-risk-factors-you-
cannot-change.html. Terakhir diakses 23 Julai 2021.
7. Stopeck A, et al. Terdapat di: http://emedicine.medscape.com/article/1947145-overview. Terakhir diakses 29 Julai 2021.
8. CDC. What are the symptoms of breast cancer? Terdapat di: https://www.cdc.gov/cancer/breast/basic_info/symptoms.htm. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
9. Cancer.net. Breast cancer: Diagnosis. Terdapat di: https://www.cancer.net/cancer-types/breast-cancer/diagnosis. Terakhir diakses 5 Julai 2021.
10. American Cancer Society. Breast Cancer Early Detection and Diagnosis. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/screening-tests-and-early-detection.html. Terakhir
diakses 23 July 2021.
11. Ministry of Health. Clinical Practice Guideline 2019 – Management of Breast Cancer (third edition). Terdapat di: https://www2.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Kanser/
Breast%20Cancer/CPG_Management_of_Breast_Cancer_(Third_Edition)_130720.pdf. Terakhir diakses 21 Julai 2021.

Penafian

Untuk mengetahui sama ada anda dalam golongan berisiko, hubungi 1-800-88-1000 Untuk maklumat lanjut mengenai hospital-hospital: help@cancer.org.my

Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.

Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).

Mengenai New Normal, Same Cancer

New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.

#newnormalsamecancer

©2021 National Cancer Society Malaysia. All Rights Reserved.

©2021 Lung Cancer Network Malaysia. All Rights Reserved.

Project komuniti ini adalah kerjasama antara:

btn-top