Early Detection

Jangan bertangguh. Dapatkan saringan
kanser hari ini.

Semua hospital mematuhi SOP yang tegas untuk menjaga keselamatan anda.

Prostate Cancer Prostate Cancer

Tentang Kanser Prostat

Kanser prostat merupakan ketumbuhan yang terbentuk dalam kelenjar prostat, yang hanya berlaku di kalangan lelaki. Ia berlaku apabila sel-sel dalam kelenjar prostat mula menumbuh secara luar kawalan1.

Statistik Kanser Prostat

Ianya adalah kanser ketiga yang paling lazim dihidapi oleh kaum lelaki, dan menyumbang kepada

9.3%

kes kanser baharu di kalangan lelaki Malaysia pada tahun 20202.

Kira-kira

2,146

kes baharu
dikesan pada tahun 20202.

53.2%

daripada kes kanser prostat di Malaysia telah didiagnosis pada tahap IV3.

Kadar survival relatif bagi kanser prostat pada peringkat awal di Malaysia adalah tinggi iaitu lebih daripada

90%

tetapi kadarnya menurun secara mendadak kepada

43%

setelah kanser itu berkembang ke tahap lanjut (tahap IV)4.

Faktor Risiko5

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser prostat:

Umur - peluang menghidap kanser prostat meningkat dengan mendadak selepas umur 50 tahun.  Kira-kira 6 daripada 10 kes kanser prostat dihidapi oleh lelaki berusia lebih daripada 65 tahun

Umur – peluang menghidap kanser prostat meningkat dengan mendadak selepas umur 50 tahun. Kira-kira 6 daripada 10 kes kanser prostat dihidapi oleh lelaki berusia lebih daripada 65 tahun

Kecenderungan genetik - mutasi gen BRCA1 atau BRCA2 atau sindrom Lynch boleh meningkatkan risiko kanser prostat pada lelaki

Kecenderungan genetik – mutasi gen BRCA1 atau BRCA2 atau sindrom Lynch boleh meningkatkan risiko kanser prostat pada lelaki

Sejarah keluarga kanser prostat

Sejarah keluarga kanser prostat

Tanda-tanda dan Simptom6,7

Kanser prostat biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Malah, kanser prostat biasanya hanya didiagnosis awal melalui saringan7.

Kanser prostat lanjutan boleh menunjukkan simptom seperti6,7:

Kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam

Kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam

Disfungsi erektil

Disfungsi erektil

Keabnormalan semasa membuang air kecil – aliran lemah, darah dalam air kencing, rasa sakit atau kepedihan semasa membuang air kecil

Keabnormalan semasa membuang air kecil – aliran lemah, darah dalam air kencing, rasa sakit atau kepedihan semasa membuang air kecil

Rasa sakit atau ketidakselesaan semasa duduk

Rasa sakit atau ketidakselesaan semasa duduk

Simptom ini juga biasa dialami jika kanser telah merebak ke luar kelenjar prostat7:

Sakit di bahagian belakang, pinggul, peha, bahu atau tulang lain

Sakit di bahagian belakang, pinggul, peha, bahu atau tulang lain

Keletihan

Keletihan

Pengumpulan air dan bengkak di kaki atau tapak kaki.

Pengumpulan air dan bengkak di kaki atau tapak kaki.

Perubahan dalam pergerakan usus

Perubahan dalam pergerakan usus

Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Sila bincang dengan pakar kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom ini.

Muat turun baucar saringan kanser

Ujian Saringan Kanser Prostat 8,9

Kanser prostat biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Pemeriksaan secara berkala amat penting dan boleh menyelamatkan nyawa anda!

Berikut adalah beberapa kaedah pemeriksaan kanser prostat:

Ujian Antigen Spesifik Prostat (PSA)8,9

Ujian darah untuk mengukur tahap PSA dalam darah.

PSA adalah suatu sebatian yang dihasilkan oleh prostat. Lelaki dengan kanser prostat biasanya mempunyai tahap PSA yang lebih tinggi8.

Tahap PSA dalam darah diukur dalam unit yang dipanggil sebagai nanogram per mililiter (ng/mL)9.

Kanser prostat biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Pemeriksaan secara berkala amat penting dan boleh menyelamatkan nyawa anda!

Berikut adalah beberapa kaedah pemeriksaan kanser prostat:

Ujian Antigen Spesifik Prostat (PSA)8,9

• Ujian darah untuk mengukur tahap PSA dalam darah.
• PSA adalah suatu sebatian yang dihasilkan oleh prostat. Lelaki dengan kanser prostat biasanya mempunyai tahap PSA yang lebih tinggi8.
• Tahap PSA dalam darah diukur dalam unit yang dipanggil sebagai nanogram per mililiter (ng/mL)9.

Tahap PSA (ng/mL)9

Penerangan9

Di bawah 4 Ini adalah tahap PSA untuk kebanyakan lelaki tanpa kanser prostat. Namun, ini bukan jaminan. Kira-kira 15% lelaki dengan tahap PSA ini telah didapati menghidapi kanser prostat selepas biopsi dijalankan.
Antara 4 dan 10 Julat pertengahan. Lelaki dengan tahap PSA ini mempunyai peluang 1 dalam 4 untuk menghidapi kanser prostat.
Lebih daripada 10 Terdapat 50% peluang untuk menghidapi kanser prostat.

• Oleh kerana tahap PSA seseorang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, doktor anda adalah orang yang terbaik untuk menilai keputusan ujian PSA anda.
• Dalam kebanyakan kes, jika tahap PSA anda tinggi, doktor akan menjalankan ujian tambahan untuk mengesahkan sama ada ia adalah kanser prostat9

Pemeriksaan rektum digital (DRE)8

• Pemeriksaan yang dilakukan oleh profesional penjagaan kesihatan, dengan memasukkan jari bersarung yang dilubrikasikan ke dalam rektum untuk memeriksa sebarang keabnormalan prostat.
• Kewujudan benjolan atau bahagian yang keras mungkin adalah tanda kanser.

Diagnosis Kanser Prostat10,11

Jika doktor mengesyaki bahawa pesakit mungkin menghidapi kanser prostat, diagnosis boleh dilakukan dengan:

Pengimejan

Imbasan CT. Menggunakan x-ray untuk mengambil gambar di dalam badan bagi melihat nodus limfa dan kawasan sekitar prostat, serta mengesan kanser yang telah merebak ke kawasan lain.

MRI. Menggunakan medan magnet untuk menghasilkan imej terperinci badan.

TRUS (ultrabunyi transrektum). Menggunakan gelombang bunyi bertenaga tinggi untuk menghasilkan imej yang dipanggil sonogram. Ini bertujuan untuk mengesan ketumbuhan di prostat dan kawasan berdekatan.

Imbasan tulang. Menggunakan radiotracer (bahan yang membebaskan radiasi dalam jumlah kecil) untuk menghasilkan imej bahagian dalam tulang. Ini bertujuan untuk mengesan kerosakan tulang disebabkan oleh kanser, rawatan kanser, atau masalah kesihatan lain.

Pengimejan

• Imbasan CT. Menggunakan x-ray untuk mengambil gambar di dalam badan bagi melihat nodus limfa dan kawasan sekitar prostat, serta mengesan kanser yang telah merebak ke kawasan lain.
• MRI. Menggunakan medan magnet untuk menghasilkan imej terperinci badan.
• TRUS (ultrabunyi transrektum). Menggunakan gelombang bunyi bertenaga tinggi untuk menghasilkan imej yang dipanggil sonogram. Ini bertujuan untuk mengesan ketumbuhan di prostat dan kawasan berdekatan.
• Imbasan tulang. Menggunakan radiotracer (bahan yang membebaskan radiasi dalam jumlah kecil) untuk menghasilkan imej bahagian dalam tulang. Ini bertujuan untuk mengesan kerosakan tulang disebabkan oleh kanser, rawatan kanser, atau masalah kesihatan lain.

Ujian darah

Ujian darah

Biopsi

Prosedur yang mengeluarkan sampel cecair atau tisu untuk diagnosis kanser prostat. Terdapat dua kaedah biopsy yang sering dilakukan bagi mengesan kanser prostat11:

Biopsi transrektum. Dilakukan dengan memasukkan jarum melalui dinding rektum.

Biopsi transperineum. Dijalankan dengan memasukkan jarum melalui perineum (kawasan antara dubur dan alat kelamin).

Biopsi

Prosedur yang mengeluarkan sampel cecair atau tisu untuk diagnosis kanser prostat. Terdapat dua kaedah biopsy yang sering dilakukan bagi mengesan kanser prostat11:

• Biopsi transrektum. Dilakukan dengan memasukkan jarum melalui dinding rektum.
• Biopsi transperineum. Dijalankan dengan memasukkan jarum melalui perineum (kawasan antara dubur dan alat kelamin).

Ingat, pengesanan awal adalah kunci utama dalam perjuangan menentang kanser.

Jadi, jangan bertangguh.

Rujukan:
1. American Cancer Society. What Is Prostate Cancer? Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/about/what-is-prostate-cancer.html. Terakhir diakses 17 August 2021.
2. World Health Organisation (WHO). Malaysia (Source: Globocan 2020). Terdapat di: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf. Terakhir diakses 17 August 2021.
3. Ministry of Health. Malaysian National Cancer Registry Report (2012 – 2016). Terdapat di: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/2012-2016%20(MNCRR)/
MNCR_2012-2016_FINAL_(PUBLISHED_2019).pdf. Terakhir diakses 17 August 2021.
4. Ministry of Health. Malaysian Study on Cancer Survival (MySCan). Terdapat di: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/Malaysian_Study_on_Cancer_Survival_MySCan_2018.pdf. Terakhir diakses 11 October 2021.
5. American Cancer Society. Prostate Cancer Risk Factors. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html. Terakhir diakses17 August 2021.
6. Cancer.net. Prostate Cancer: Symptoms and Signs. Terdapat di: https://www.cancer.net/cancer-types/prostate-cancer/symptoms-and-signs. Terakhir diakses 17 August 2021.
7. American Cancer Society. Signs and Symptoms of Prostate Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html. Terakhir diakses 17 August 2021.
8. Centers for Disease Control and Prevention. What Is Screening For Prostate Cancer? Terdapat di: https://www.cdc.gov/cancer/prostate/basic_info/screening.htm. Terakhir diakses17 August 2021.
9. American Cancer Society. Screening Tests for Prostate Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/detection-diagnosis-staging/tests.html. Terakhir diakses 3 September 2021.
10. National Comprehensive Cancer Network. Prostate Cancer Early Stage. Terdapat di: https://www.nccn.org/patients/guidelines/content/PDF/prostate-early-patient.pdf. Terakhir diakses 17 August 2021.
11. American Cancer Society. Tests to Diagnose and Stage Prostate Cancer. Terdapat di: https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/detection-diagnosis-staging/how-diagnosed.html. Terakhir diakses 11 October 2021.

Penafian

Untuk mengetahui sama ada anda dalam golongan berisiko, hubungi 1-800-88-1000 Untuk maklumat lanjut mengenai hospital-hospital: help@cancer.org.my

Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.

Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).

Mengenai New Normal, Same Cancer

New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.

#newnormalsamecancer

©2021 National Cancer Society Malaysia. All Rights Reserved.

©2021 Lung Cancer Network Malaysia. All Rights Reserved.

Project komuniti ini adalah kerjasama antara:

btn-top