Covid-19 & Cancer

Jangan bertangguh. Dapatkan saringan
kanser hari ini.

Semua hospital mematuhi SOP yang tegas untuk menjaga keselamatan anda.

Vaksin COVID-19 dan Kanser

Program vaksinasi COVID-19 sedang berlangsung di seluruh dunia. Vaksinasi ini akan membawa kita selangkah lebih dekat untuk kembali kepada kebiasaan hidup kita sebelum ini serta mencapai imuniti kelompok untuk mencegah penyebarannya. Namun ini mewujudkan rasa bimbang: adakah selamat untuk individu yang menghidapi kanser untuk mendapatkan vaksin?

Ujian klinikal vaksin COVID-19 menunjukkan bahawa pengambilan vaksin bagi individu tanpa komorbiditi mahupun individu yang menghidapi sebarang masalah kesihatan mempunyai kadar keberkesanan dan keselamatan yang sama1. Kementerian Kesihatan mengesyorkan individu yang menghidapi kanser untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) dengan syarat mereka telah mengambil penilaian pra-vaksinasi bersama doktor2.

Namun begitu, situasi bagi setiap individu mungkin berbeza. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan, sila dapatkan nasihat doktor anda mengenai risiko dan faedah pengambilan vaksin COVID-193.

Penafian

Untuk mengetahui sama ada anda dalam golongan berisiko, hubungi 1-800-88-1000 Untuk maklumat lanjut mengenai hospital-hospital: help@cancer.org.my

Laman ini ditujukan kepada individu yang berisiko atau sedang menghidapi kanser dan juga orang awam.

Date of preparation: September 2021 Please contact your doctor for advice if you are at all worried about any symptoms (or your medication).

Mengenai New Normal, Same Cancer

New Normal, Same Cancer adalah inisiatif bertujuan untuk menyokong dan menginspirasikan kita semua untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha kita untuk memerangi kanser semasa pandemik ini.

#newnormalsamecancer

©2021 National Cancer Society Malaysia. All Rights Reserved.

©2021 Lung Cancer Network Malaysia. All Rights Reserved.

Project komuniti ini adalah kerjasama antara:

btn-top